|
Latar belakang
Airinna merupakan anak ke-5 daripada 6 beradik. Beliau juga merupakan seorang kanak-kanak yang mudah mempelajari sesuatu yang baru. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet kerana gemar menggunakan komputer untuk melayari internet di sini dan memandangkan di rumahnya tiada komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli Pusat Internet beliau kurang pendedahan tentang ICT. Selain itu, beliau juga tidak pernah mengikuti mana-mana kursus tentang ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas-kelas di Pusat Internet, beliau gemar mengunjungi Pusat Internet. Hal ini demikian kerana beliau suka mempelajari tentang ICT misalnya menaip dalam Microsoft Word, kelas English Central dan lain-lain lagi. Sehubungan itu, beliau telah mampu mencari dan mendapatkan maklumat sendiri dengan melayari internet sekiranya diberi tugasan oleh gurunya tanpa memerlukan tunjuk ajar daripada gurunya.Walaupun telah mempelajari cara membuat facebook dan emel, beliau nekad tidak mahu mempunyai sebarang media sosial peribadi kerana masih kecil dan masih memerlukan pantauan ketika menggunakan komputer dan telefon pintar ibunya.