mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan- Nuramalina binti Abd Razak

WhatsApp Image 2019 11 25 at 17.39.08

Makanan– Pelbagai jenis kek, biskut, bomboloni dan sos perapan

Nama                     : Nuramalina binti Abd Razak

Umur                     :  26 tahun


Ahli                        :  2010

 

Latar belakang

Puan Nuramalina merupakan graduan lepasan Diploma Mechanical di Politeknik Muadzam Shah dan mempunyai pengalaman sebelum mendirikan rumah tangga. Setelah berumah tangga, beliau kini menjadi seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau berkahwin pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, hasil daripada perkahwinan mereka. Beliau menceburi bidang perniagaan semenjak tahun 2018 yang bermula dengan suka-suka lama-kelamaan menjadi minat dan tambahan pendapatan buat keluarga kecil mereka. Melihat pendapatan yang lumayan yang mampu diperoleh daripada perniagaan, beliau berusaha untuk berniaga pemanis mulut iaitu bomboloni yang kian viral ketika ini, biskut dan sebagainya. Selain itu, beliau juga merupakan agent kepada kek Mamasab Bakery di kawasan sekitar perumahannya dan kampung halaman iaitu, Felda Tenang. Modal bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan digunakan untuk membeli bahan mentah membuat makanan tersebut termasuk peralatan membuat kuih tersebut adalah sebanyak RM 200.00.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, beliau sering mempromosikan produk kepada rakan-rakan terdekat dan saudara-mara yang rapat sahaja. Produk yang dijual juga tidak banyak, iaitu hanya menjual kuih muih sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT beliau telah mendapat pelbagai idea untuk meningkatkan lagi pendapatannya. Ilmu yang telah dipelajari daripada kelas-kelas yang disediakan di Pusat Internet telah memberi idea kepada beliau untuk mempromosikan jualannya ke dalam media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan Instagram. Beliau juga telah mempunyai ramai pelanggan yang tidak putus membeli makanan yang dijualnya. Beliau juga bijak membina ayat retorik perniagaan bagi menarik minat pelanggan sekali gus melariskan perniagaannya Keuntungan yang diperoleh juga meningkat kepada tiga kali ganda , sekurang-kurang RM 600.00 sebulan.

 

 WhatsApp Image 2019 11 25 at 17.39.08 1

 WhatsApp Image 2019 11 25 at 17.58.10 2 BOMBOLONI