Pengusaha Kelulut
|
Latar belakang
Puan Shaukat merupakan seorang suri rumah yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan. Pada mulanya, beliau telah berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan menjual biskut raya dan kerepek. Minat yang mendalam ini telah disokong sepenuhnya oleh suami dan anak-anak beliau. Dengan itu, suaminya, Haji Roslan @ Fuad telah mengeluarkan modal untuk berniaga dengan membeli enam log kelulut pada tahun 2017 sebagai permulaan untuk berniaga. Penjualan madu kelulut ini dimulai dengan memasarkan produk tersebut kepada rakan-rakan dan saudara-mara terdekat sahaja, Oleh kerana mendapat maklumbalas yang positif daripada saudara-mara dan sahabat-handai, beliau yakin untuk meneruskan perniagaan ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum kewujudan pusat Internet Felda Tenang pada tahun 2010, beliau tidak pernah mengikuti kursus di mana-mana pusat internet. Malah beliau juga tidak memiliki telefon bimbit dan tiada akaun media sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Penglibatan beliau dengan menjadi ahli Pusat Internet ialah pada tahun 2010 telah memberi kesan yang besar kepada perniagaan tersebut. Hal ini demikian kerana, pembelajaran mengenai ICT dan pengkomputeran yang pernah dipelajari suatu ketika dahulu di Pusat Internet Felda Tenang telah memberi impak yang besar kepada beliau tentang pemasaran produk. Biarpun diawal perniagaannya, madu kelulut tidak mendapat sambutan, namun setelah masyarakat mengetahui tentang perniagaan beliau, madu kelulut semakin mendapat sambutan setelah penyebaran maklumat dilakukan melalui komunikasi dan media sosial. Di samping itu, kemahiran tersebut dapat membantu individu dan masyarakat untuk mendapatkan madu kelulut asli tanpa bahan pengawet dan campuran.