mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan (Yunus Bin Ismail)

yunusismail

Latar Belakang

Yoo Airani Enterprise dimiliki oleh Mohd Yunus Bin Ismail merupakan anak jati Felda Tenang yang mengusahakan kraftangan daripada bahan terbuang iaitu kayu hanyut dengan menghasilkan kraftangan yang bermutu tinggi. Produk yang dihasilkan oleh beliau mendapat permintaan yang tinggi tidak kira daripada komuniti setempat mahu pon luar. Beliau yang berusia 45 tahun dan mempunyai 6 orang cahaya mata mempunyai sebuah bengkel/sekolah untuk melatih sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari seni kraftangan tersebut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

En yunus bermula dengan berniaga kecil-kecilan. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM800.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Tenang, beliau kini telah memiliki facebook,telegram,whtsapp dan blog serta page sendiri yang dapat mempromosikan kek dan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.

Beliau menggunakan internet dan Pusat Internet sebagai medium tengah untuk berniaga bagi mendapatkan ilmu dan sumber yang boleh dikongsi bagi mempelbagaikan hasil kraftangan dan seterusnya dapat mempromosikan kraf tersebut. Kehidupan beliau berubah sedikit demi sedikit di mana dengan ilmu yang dipelajari di pusat internet beliau dapat memperbaiki taraf hidup dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia setempat.

kawasan sekitar bagi mendalami ilmu kraf ini.Ini adalah kerana beliau sering berkongsi ilmu dengan sesiapa saja yang meminati ilmu kraf ini dan mengumpul hasil jualan kraftangan seterusnya mengukuhkan ekonomi kehidupan sekeluarga.