|
Tarikh : 2 November 2018 Masa : 9:00 pagi – 11:00 pagi Tempat : Klinik Kesihatan Pekan Air Panas Peserta : Pengunjung program/Belia/Wanita |
Tujuan
Program ini dilakukan untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan Klik Dengan Bijak dalam era teknologi kini. Selain itu, program ini bertujuan untuk mewujudkan rasa tanggungjawab, beretika dan prihatin terhadap pengguna lain di internet.
Aktiviti
Antara aktiviti utama yang dilakukan adalah pemberian taklimat tentang Klik Dengan Bijak dan pertandingan menyusun puzzle yang terdiri daripada 6 kumpulan berpasangan setiap kumpulan. Selain itu, terdapat aktiviti sampingan seperti cabutan bertuah telah diadakan bagi menghargai kehadiran pengunjung ke program tersebut.