Pada 19 Jun 2017 bersamaan dengan 24 Ramadhan telah diadakan majlis Ihya Rahmat Ramadhan bertempat di Masjid Annur Felda Tenang peringkat FELDA Wilayah Segamat bersama Pengerusi Felda iaitu Yang Berhormat Tan Sri Shahrir bin Abdul Samad. Majlis ini turut disertai Ahli Parlimen Labis yang juga merangkap Timbalan Menteri Perdagangan dan Antarabangsa iaitu Yang Berhormat Datuk Chua Tee Yong dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang En.Mohd Azhar bin Ibrahim. Majlis diadakan adalah untuk menyampaikan sumbangan hari raya kepada warga Felda Wilayah Segamat.


