PROJEK KEK by SHA HAFSHAH
Di negara kita, industri makanan merupakan salah satu cabang peluang pekerjaan bagi mereka yang menggemarinya. Dengan itu wujudlah beberapa rancangan realiti berunsurkan makanan dan penyediaannya. Bagi mereka yang mempunyai modal yang bersesuaian, langkah pertama adalah dengan membuka perniagaan berasaskan makanan seperti restoran, kedai kek dan pastri dan sebagainya.
Di Felda Tenang, berbekalkan minat yang mendalam terhadap pembuatan kek dan pastri, pemilik nama Sha Hafshah sanggup berhenti kerja di sebuah bank demi mengejar cita-cita menjadi seorang pakar dalam pembuatan kek dan pastri. Beliau mempromosikan perniagaan kek beliau menerusi aplikasi facebook ( Projek Kek), Wechat.
Antara tempahan yang diterima :


ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH BELIAU :
– Melakukan perniagaan harian seperti kek hari lahir, kek kahwin dan penyediaan goodies
– Memberi latihan asas pembuatan kek melalui personal class, berkumpulan, dan melalui Pusat Mini RTC
– Selain kek, terdapat juga aktiviti lain seperti candybooth / photobooth
– Mengenakan bayaran yang berpatutan untuk setiap latihan asas buatan kek dan pastri
– Membantu masyarakat setempat dengan memberi peluang pekerjaan serta peluang belajar memasarkan produk
– Selain itu kami juga melakukan aktiviti jualan secara online dan membantu rakan dari seluruh semenanjung malaysia untuk mencari peluang perniagaan memasarkan produk kami seperti kuih raya
– Memudahkan penduduk sekitar Felda Tenang dan Labis untuk mencari produk kek buatan orang melayu dengan pakej-pakej yang berpatutan.
– Memasarkan produk kek, candy booth dan photobooth secara online sehingga mendapat sambutan di luar jangkaan kerana pelanggan bukan sahaja terdiri daripada penduduk Labis, malah telah sampai ke Batu Pahat dan Rawang
– Membuka booth jualan di karnival
MEDIUM UNTUK MEMBANGUNKAN DAN MENGKOMERSILKAN PERNIAGAAN
i. Facebook
ii. Whatsapp
iii. Telegram
iv. Wechat
sumber :Projek Kek
