FELDA TENANG
Felda Tenang terletak dalam Daerah Segamat lebih kurang 10 kilometer ke selatan bandar Labis. Ianya berada di bawah kawasan Parlimen Labis P142. Ahli Parlimen Labis yang dikenali sebagai Yang Berhormat Pang Hok Liong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang di bawah jagaan Yang Berhormat Mohd Solihan Badri. Rancangan ini telah dimajukan sekitar dalam tahun 1960/1961 dan mengandungi Empat Peringkat dengan keluasan tanaman 1,560.86 hektar.
Peneroka mula ditempatkan di rancangan ini mulai bulan November 1962. Perkampungan Peringkat 1 dan Peringkat 2 telah dimasukkan peneroka seramai 199 orang, manakala kawasan perumahan Peringkat 3 dalam pembinaan. Kemasukan peneroka terakhir berlaku tahun 1977 bagi Peringkat 4, seramai 30 orang yang menjadikan jumlah penempatan seramai 394 peneroka yang terdiri daripada 100% kaum Melayu.
Pejabat Felda Tenang
Selama Felda Tenang telah mula dibuka sejak tahun 1961 sehingga kini, Felda Tenang telah diterajui oleh 19 orang Pengurus. Kini, Pengurus di Pejabat Felda Tenang ialah Encik Nor Azmi bin Ithnin. Terdapat banyak perubahan terutamanya dari segi landskap di kawasan Pejabat dengan kemudahan Taman Wakaf seperti gambar di bawah sekaligus telah menceriakan pemandangan sekitarnya.
Pejabat Felda Tenang
Taman Wakaf Di Pejabat Felda Tenang
Populasi Penduduk di Labis
Mengikut bancian penduduk yang telah dibuat, penduduk Mukim Labis adalah seramai 32, 575 orang. Pecahan kaum dan peratus penduduk adalah seperti berikut :
Jadual: Populasi Penduduk di Labis
Pecahan mengikut kaum |
Peratus (%) |
Jumlah (Orang) |
Melayu |
42 |
13,682 |
India |
43 |
14,007 |
Cina |
13 |
4,234 |
Lain-lain |
2 |
652 |
Populasi Penduduk Felda Tenang
Mengikut maklumat yang diperoleh daripada sumber pejabat Felda Tenang (SDA);2022 dikemaskini terakhir jumlah penduduk di Felda Tenang ialah seramai 1834 orang. Penduduk di sini terdiri daripada 100% kaum Melayu sahaja yang mendiami Felda Tenang. Berikut merupakan pecahan mengikut jantina :
Jadual: Pecahan mengikut Jantina
Pecahan mengikut umur |
Jumlah (Orang) |
Lelaki |
801 |
Perempuan |
1033 |
Jumlah keseluruhan |
1834 |
Jadual: Pecahan mengikut Umur
Pecahan mengikut umur |
Jumlah (Orang) |
< 12 Tahun |
167 |
12-17 Tahun |
180 |
18-25 Tahun |
351 |
26-40 Tahun |
405 |
41-58 Tahun |
467 |
> 58 Tahun |
264 |
Jumlah keseluruhan |
1834 |