Pusat Internet Felda Tenang, Segamat, Johor mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. Pusat Internet yang pada dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar (PJK) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat Internet rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan Pusat Internet sebagai medan maklumat agar dapat merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.
Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap Pusat Internet diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan iaitu isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.
Objektif penubuhan Pusat Internet:
- 1. Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan ICT yang berteraskan komuniti.
- 2. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan
- aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet .
- 3. Mewujudkan sistem latihan berterusan untuk melahirkan masyarakat yang mahir, berilmu dan
- berdaya saing.
- 4. Menjadikan medan ICT sebagai medium utama untuk merapatkan jurang digital antara penduduk
- bandar dan luar bandar.
Waktu Operasi Pusat Internet Felda Tenang |
Sabtu hingga khamis 09.00 pagi – 01.00 petang 02.00 petang – 06.00 petang Jumaat 09.00 pagi – 12.30 tengahari 02.30 petang – 06.00 petang |
Beroperasi |
Sabtu hingga khamis 01.00 petang – 02.00 petang Jumaat 12.30 tengahari – 02.30 petang |
Rehat |
Pusat Internet Felda Tenang dibuka setiap hari kecuali cuti umum
Pusat Internet Felda Tenang menyediakan pelbagai kelengkapan dan kemudahan untuk kegunaan komuniti setempat antaranya adalah :
- Wifi (Perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar)
- Percetakan dan Copier
- Alat pengimbas
- Menaip
- Kelas ICT
- Kiosk
- Perkhidmatan atas talian
- Kawasan persekitaran yang selesa
Pages: 1 2