mcmc
Maklumat Pusat Internet

Maklumat Pusat Internet

 

Kampung Tanpa Wayar 

Inisiatif Kampung Tanpa Wayar  memberi fokus kepada penyediaan perkhidmatan capaian internet tanpa wayar bersifat hotspot secara kolektif kepada masyarakat luar bandar terutamanya kepada penerima Netbook di lokasi terpilih di kawasan kurang liputan. Adalah menjadi harapan pihak Suruhanjaya agar penyediaan capaian asas internet tanpa wayar melalui KTW akan menggalakkan pengguna untuk melanggan perkhidmatan internet yang lebih baik secara individu.

Sementara itu, Suruhanjaya sentiasa menambah baik pelaksanaan KTW dengan menggunakan teknologi dan rangkaian topologi baharu yang lebih berkesan. Sebuah konsep telah diperkenalkan untuk menambahbaik pengurusan bandwidth iaitu melalui model rangkaian hub & spoke di mana sebuah pelayan cache dipasang di Pusat Internet yang berfungsi sebagai hub. Hub ini berhubung kepada lima(5) spoke KTW. Setiap spoke berada dalam lingkungan 5 kilometer dari hub. Liputan wifi bagi setiap spoke adalah sehingga 250 meter. Kelajuan internet bagi setiap hub dan spoke adalah sehingga 4Mbps.

Sehingga 31 Disember 2014, sebanyak 3130 KTW telah menggunapakai konsep hub & spoke. Kerja-kerja menaiktaraf KTW sedia ada kepada Hub & Spoke masih dilaksanakan. Di Pusat Internet  Felda Tenang, proses KTW yang menggunakan konsep hub & spoke masih dalam proses pembinaan dan bakal digunakan tidak lama lagi.

Konsep Hub & Spoke

  • Pelayan cache di pasang di hub yang berada di Pusat Internet  untuk kelancaran internet.
  • Hub akan berhubung dengan 5 spoke KTW
  • Setiap spoke berada dalam lingkungan 5 kilometer dari hub
  • Liputan wifi bagi setiap hub adalah dalam lingkungan sehingga 250 meter
  • Kelajuan internet bagi setiap hub dan spoke adalah sehingga 4Mbps

 

 Jumlah Pengguna Bagi Tahun 2019

USER STATISTIC