PELANCONGAN
Di Felda Tenang tiada tempat pelancongan dan peranginan, namun di kampung yang berhampiran terdapat pusat peranginan iaitu Kolam Air Panas dan terdapat Hutan Simpan Taka Melor yang terdapat air terjun di situ. Di kolam air panas tersebut terdapat 5 buah kolam termasuk sebuah kolam utama. Kewujudan air panas ini adalah dari sumber semula jadi yang terdiri daripada belerang-belerang panas daripada gunung berapi, mengikut kata penjaga di situ. Kini, kolam air panas ini dikawal selia oleh Majlis Daerah Labis yang mengenakan bayaran tertentu kepada pengunjung yang datang. Ramai pengunjung yang datang berkunjung ke sini untuk mengubat penyakit seperti penyakit gatal-gatal, penyakit kulit dan pelbagai jenis penyakit.
Persekitaran Kolam Air Panas
Pihak Majlis Daerah juga telah menambahbaik infrastruktur di mana terdapat laluan refleksologi dan juga wall climbing bagi pengunjung yang ingin beriadah.
Replika semut
Manakala bagi Hutan Simpan Taka Melor yang mempunyai air terjun di dalamnya terletak di Kg Tenang kira-kira 15km dari Felda Tenang. Tiada bayaran dikenakan kepada pengunjung yang datang berkunjung, tetapi kawasan tersebut dikawal ketat oleh jaga di sana kerana bimbang dengan kehadiran binatang-binatang buas yang masih bebas berkeliaran di situ.Selain itu, Kampung Tenang yang terletak berdekatan dengan Felda Tenang juga mempunyai tarikan sejarah iaitu Makam To’ Tenang. Ramai juga pengunjung yang datang menzirahi makam tersebut ketika melewati Hutan Simpan Air Terjun Taka Melor.