mcmc
Pendidikan

Pendidikan

Di Felda Tenang terdapat beberapa kemudahan pendidikan bagi memudahkan penduduk di sini menuntut ilmu selaras dengan wawasan Malaysia bagi melahirkan modal insan yang berilmu. Antaranya adalah :

 

i)  TABIKA KEMAS

         TABIKA KEMAS merupakan salah satu kemudahan pendidikan yang disediakan di Felda Tenang untuk peringkat prasekolah. Terdapat 3 buah tabika yang disediakan di sini. Pelajar-pelajar yang boleh memasuki Tabika ini adalah dari umur 4 hingga 6 tahun. Mereka yang ingin mendaftar di Tabika ini boleh berjumpa atau menghubungi tenaga pengajar yang berikut:

                                1) Nurul Izzmaniza Akmal Binti Zupkipley

                                2) Ruhaidah Binti Yahya

                                3) Rafidah Binti Sharigat

    

    

 Taman Bimbingan Kanak-kanak Felda Tenang

 

ii)  SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP TENANG

         Sekolah Kebangsaan LKTP Tenang (SK LKTP Tenang) terletak di tengah-tengah kawasan Felda Tenang. Kedudukannya yang strategik telah memudahkan para pelajar menuntut ilmu. Bagaimanapun, sekolah ini hanya mempunyai satu sesi, iaitu sesi pagi.

    

 

iii)   SEKOLAH AGAMA FELDA TENANG

           Bagi menambahkan lagi ilmuwan dan pendidikan Islam anak-anak penduduk di sini, sebuah sekolah agama turut dibina. Sekolah Agama Felda Tenang terletak bersebelahan dengan SK LKTP Tenang. Sekolah ini mempunyai tiga sesi persekolahan, iaitu bermula dari pukul 2.00 petang hingga 3.30 petang, 3.30 petang hingga 5.00 petang dan 3.30 petang hingga 6.30 petang. Dengan adanya sekolah agama ini, ibu bapa di Felda Tenang berharap agar anak-anak mereka mampu menjadi generasi yang berilmu dan bertakwa.

    

    

    

 Sekolah Agama Felda Tenang