Tarikh : 1 Oktober 2019 (Selasa) Masa : 11:00 pagi- 12:00 tengahari Tempat : Pusat Internet Felda Tenang Peserta : Wanita |
Tujuan
Program ini diadakan untuk mengasah bakat mewarna dalam talian di kalangan wanita. Selain itu, mereka dapat meningkatkan penguasaan penggunaan komputer di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara petugas Pusat Internet dengan mereka.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan sepanjang kelas ini ialah mewarna dalam talian. Penerangan tentang cara penggunaan the.color.com dan memberi tunjuk ajar tentang cara-cara menggunakan laman sesawang tersebut turut dilakukan. Setelah melakukan latihan mewarna tersebut, para peserta memulakan pertandingan dengan mempraktikkan semua yang telah dipelajari oleh mereka.