Tarikh : 13 September 2019 (Jumaat) Masa : 10:00 pagi- 12:00 tengahari Tempat : Pusat Internet Felda Tenang Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Program ini diadakan bagi memperingati sejarah pahit getir negara kita untuk bebas dari penjajah. Selain itu, pendedahan tentang semangat kemerdekaan dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang bebas dan berdaulat adalah sangat perlu kepada generasi muda sejak di bangku sekolah lagi. Di sinilah wujudnya peranan Pusat Internet sebagai sumber maklumat dan rujukan serta medium perantara agar semangat cintakan kemerdekaan sentiasa tersemai di setiap hati rakyat dan komuniti setempat. Di samping itu, program ini juga dilakukan untuk menguatkan jati diri kita semua sebagai rakyat Malaysia.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program/kelas di kalangan pelajar sekolah ini ialah latihan kahoot kemerdekaan,quizizz kemerdekaan dan aktiviti utama iaitu pertandingan Quizizz sayangi Malaysia sempena kemerdekaan yang ke 62 tahun dan Hari Malaysia. Selain itu, pelajar juga berpeluang mendengar advokasi tentang e-sisa yang menerangkan tentang cara pembuangan dan pelupusan yang betul bagi semua jenis peralatan elektrik dan elektronik.