Felda Tenang mempunyai sesuatu keunikan dan daya tarikan yang tersendiri dalam menghasilkan produk tempatan. Disebalik kehijauan dan kecantikan daripada pandangan mata kasar, Felda Tenang terkenal dengan industri kraf iaitu ukiran kayu yang dibentuk menjadi perabot (Meja makan, kerusi), Cenderahati, Permainan (Gasing), Perhiasan( Labu sayong, pinggan mangkuk, senduk, sudip), dan sebagainya.
Memandangkan industri Kraf semakin berkembang baik dengan kerjasama beberapa pihak telah ditubuhkan satu pusat untuk dijadikan pameran dan jualan produk tersebut. Setiap kraf yang dihasilkan mempunyai nilai-nilai kesenian yang tersendiri. Di sini (Felda Tenang) terdapat beberapa pengusaha yang mengusahakan industri kraf ini antaranya :-
ii . Yoo Airani Enterprise
iii . Warisan Tenang
Pemilik kayu warisan Enterprise bersama YDP Negeri Melaka Tun Khalil Bin Yaakob
Antara Produk yang dihasilkan :
Kayu Warisan juga aktif dalam mempromosikan produk miliknya dan mendapat jemputan ke pameran jualan mahupun festival di beberapa peringkat antaranya :
1. International Craft Festival 2015
2. Promosi Kraf Malaysia 2015
3. Hari Kraf Kebangsaan 2015
4. Festival Kraf Johor 2014
5. Perhimpunan Iktiraf Felda
6. Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2014
Selain daripada itu, kayu warisan turut mendapat kunjungan dan lawatan daripada beberapa agensi seperti Kolej Komuniti Segamat, lawatan Menteri Besar Johor ( Dato’ Seri Khalid Nordin ) dan juga beberapa agensi yang lain.
Yoo Airani Enterprise
Di miliki oleh Encik Yunus Bin Ismail. Beliau merupakan peneraju kepada industri kraf di Felda Tenang ini dan pada awalnya beliau mempunyai sebuah sekolah/pusat untuk melatih sesiapa yang berminat dan ingin menceburkan diri dalam bidang industri kraf ukiran kayu ini.
Antara produk yang dihasilkan adalah seperti berikut :
Menurut beliau, produk yang dihasilkan hanya satu dalam seribu dan terhad serta tidak akan sama seperti bentuk yang sedia ada. Inilah keistimewaan yang ada pada produk beliau. Bengkel beliau juga turut dilawati oleh beberapa agensi seperti Institut Kraf Negara, Wartawan akhbar harian, Amanah Ikhtiar Segamat dan beberapa agensi yang lain.
sumber: www.facebook.com/kayu.warisan