Tarikh : 24 April 2018 Masa : 11.00 Pagi Tempat : Pusat Internet Felda Tenang Peserta : Pelajar tabika, wanita dan belia |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelajar Tadika Felda Tenang, ahli Pusat Islamiah (AIM) Felda Tenang, kakitangan Pejabat Felda Tenang dan juga ahli Pusat Internet Felda Tenang. Tujuan program ini adalah untuk mendidik budaya membaca tanpa mengira golongan dan peringkat umur. Program dijalankan selama 10 minit serentak seluruh negeri Johor.
Aktiviti
Aktiviti bermula jam 11 pagi serentak di seluruh Negeri Johor. Pada waktu ini semua peserta dikehendaki membaca apa sahaja jenis bahan bacaan dan acara diselitkan dengan pertandingan Swafoto bersama bahan bacaan.Turut hadir bersama dalam program ini ialah Ketua Kampung Felda Tenang iaitu Tuan Haji Darham Bin Daud.