mcmc
Laporan Aktiviti

Program Jom Santai Pusat Internet Bersama PBT Felda Tenang

Program telah diadakan pada 07 September 2017 (Khamis) di Pusat Internet Felda Tenang pada jam 9.00pagi hingga jam 2.00 petang. Turut hadir pada program kali ini ialah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Felda Tenang iaitu Pengurus Pejabat Felda Tenang (diwakili penolong pengurus), Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Keceriaan Kampung (JKKK), Pertubuhan Peneroka Felda Tenang, Gerakan Persatuan Wanita(GPW), Kelas Pendidikan dan Kesejahteraan Keluarga (PKK), Perpustakaan Desa Felda Tenang, Majlis Belia Felda Tenang (MBFM) bagi mempromosikan dan mengendalikan aplikasi dashboard komuniti khusus untuk golongan PBT ini. Antara aktiviti lain yang turut diadakan adalah pemeriksaan kesihatan, muatturun aplikasi dan sebagainya. Program turut diserikan dengan kehadiran Penolong Pengarah MCMC iaitu Puan Nurzie.

Galeri gambar