mcmc
Laporan Aktiviti

Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Felda Tenang

  Tarikh      :      22 Disember 2018 (Sabtu)

  Masa        :     7:30 pagi – 1:00 petang

  Tempat    :      Pusat Internet Felda Tenang

  Peserta    :      Pengunjung program

Tujuan

Program yang diadakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat tentang keberadaan Pusat Internet di Felda Tenang sebagai tempat rujukan komuniti sihat. Selain itu, program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara agensi kerajaan termasuk MPKK, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat di kawasan sekitar. Di samping itu, bertujuan untuk mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dilakukan ialah pendaftaran ahli baru di Pusat Internet dan taklimat ringkas tentang Peranan Ibu Bapa atau Penjaga dalam Talian. Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk melakukan aktiviti sukaneka seperti tomato sihat, pertandingan getah dan straw dan sebagainya. Mereka juga berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi dan membeli produk kesihatan yang dijual oleh agensi yang turut serta dalam program ini. 

Gambar di sini