Tarikh : 16 Ogos 2019 (Jumaat) Masa : 7:30 petang – 12:00 tengah hari Tempat : Pusat Internet Felda Tenang Peserta : Pengunjung Program |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk melestarikan perkhidmatan ICT yang ditawarkan di Pusat Internet (PI) Felda Tenang seperti kelas-kelas ICT yang sering dilaksanakan iaitu, kelas Dashboard Komuniti, kelas Microsoft, kelas e-pembelajaran, e-dagang dan sebagainya. Program ini juga bertujuan untuk menggalakkan penduduk sekitar Felda Tenang agar cakna tentang kesihatan tubuh badan dengan memanfaatkan kemudahan yang pemeriksaan kesihatan secara percuma yang disediakan ketika program ini berlangsung. Selain itu, tujuan program ini juga adalah untuk mempromosikan aplikasi dashboard komuniti kepada penduduk setempat di samping memperkenalkan fungsi dan peranan Pusat Internet terhadap komuniti.
Aktiviti
Penerangan tentang aplikasi Dashboard Komuniti di dalam telefon pintar dan muat turun Dashboard Komuniti. Selain itu, pelbagai aktiviti yang dijalankan yang antaranya senaman aerobik, sukaneka radio buruk, mewarna, pertandingan masakan menu sihat pancake, peragaan pakaian beragam sempena sambutan Hari Kemerdekaan, pertandingan menghias Waw Tabungku SSPN, teka silang kata, puzzle dan mewarna yang dikelolai oleh pihak SSPN, pemeriksaan kesihatan, taklimat dan pameran agensi seperti SSPN/PTPTN, Ar-Rahnu YaPeim, LPPKN, Affin Bank, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Ceragem, IKS Felda Tenang, kursus penyediaan makanan dan Pengurusan Hartanah.