|
Tarikh : 4 Oktober 2018 (Khamis) Masa : 4.00 petang – 5.00 petang Tempat : Pusat Internet Felda Tenang Peserta : Pelajar Sekolah Rendah/Menengah |
Tujuan
Program ini memberi peluang kepada pelajar khususnya pelajar sekolah untuk memperoleh pengetahuan tentang kepentingan kesedaran perkakasan dan perisian komputer dalam era kini. Di samping itu, program ini dilakukan bagi mengisi masa lapang pelajar pada waktu petang dengan aktiviti yang lebih berfaedah sekali gus, memperoleh ilmu yang bermanfaat yang telah disalurkan melalui tiga video perkakasan komputer dan perisiannya yang telah dipaparkan kepada mereka.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah menonton tiga video perkakasan dan perisian komputer serta cara menggunakan komputer dengan betul. Selain itu, mereka juga berpeluang menjawab kuiz berdasarkan soalan-soalan daripada tanyangan video yang telah dipertonton kepada meraka. Mereka juga berpeluang melakukan aktiviti menarik iaitu, melukis dan melabelkan setiap perkakasan komputer dengan betul yang mampu menambah ilmu baharu kepada mereka.