Kelab Kemas dan Kesejahteraan Keluarga (PKK)
Di Felda Tenang juga, terdapat pelbagai organisasi yang terdiri daripada kaum wanita antaranya Gerakan Persatuan Wanita (GPW), selain itu organisasi yang aktif di Felda Tenang adalah Kelab Kemas dan Kesejahteraan Keluarga (PKK) yang mana organisasi ini mengelolakan kelas masakan yang diadakan pada setiap hari Isnin pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan.
Melalui kelab ini, komuniti akan diberikan demo masakan dan bersama-sama mencuba resepi baru. Tenaga pengajar juga terdiri daripada guru yang bertauliah dan yang telah diberikan kursus. Kelab ini juga aktif dalam mengadakan beberapa program antaranya sukaneka dan juga pertandingan masakan antara mukim yang berdekatan.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan bersama komuniti:



Antara kelas yang dijalankan pada setiap hari Isnin pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan
Program Pertandingan Kegiatan Wanita Kemas Labis Sempena Hari Keputeraan Sultan Johor 2016 (27/3/16)
Kelas Masakan Resepi Kek Oreo
Gabungan Pergerakan Wanita (GPW)
Selain belia, kaum wanita juga tidak kurang hebatnya. Di Felda Tenang, terdapat sebuah persatuan wanita yang aktif iaitu Gabungan Persatuan Wanita (GPW). Ahli-ahli GPW akan berkumpul di balai raya untuk bermesyuarat sebelum menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Fungsi penubuhan persatuan ini antaranya memberi khidmat nasihat kepada ahli yang ingin menceburkan diri dalam bidang tertentu seperti perniagaan, penghasilan kraftangan dan lain-lain.
Berikut merupakan Ahli Jawatankuasa Gabungan Pergerakan Wanita (GPW)
Pengerusi : Rusne Yahya
Naib Pengerusi : Zuriah Yunus
Setiausaha : Norasyakinah Muhamad
Bendahari : Zaiton Abu
Ahli Jawatankuasa : Maimunah Hj Yaacob
Sapiah Binti Mahat
Noridah Othman
Samsiah Talib
Zaharah Badrun
Kamsiah Ahmad
Zaliah Abu Bakar
Norasyikin Mohamad
Siti Zaihasra Yaacop
Nismala Talib
Zainah Abd Rahman
Noorazean Abu Bakar
Siti Rohani
Simsiah Yahaya
Shamsahariah Mazil
Satinah Sum
Bangunan Gabungan Pergerakan Wanita (GPW)
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti :
- Rombongan ke Cameron Highland dan Kelantan
- Gotong Royong membersihkan kawasan balairaya
- Program kesihatan
- Mesyuarat bulanan
- Mengambil bahagian sempena Hari Peneroka
- Bacaan Yaasin Blok
- Dan sebagainya


Program Kesihatan dan pemeriksaan PapSmear



























